Dah agak lame tak lepas tension gue kat sini..huh..kalu nak ikut memang tak sempat gile la pstu asal bukak je datang le perasaan ntah ape ape mengavoid dari mencapab kat sini. Tapi takpe dikuatkan semangat jugak nak menconteng arang di tempat publik selayang pandang sang pencinta ilmu. Hari ini hari ketiga pesta konvo di salah sebuah ipta kat Malaysia tempat kelahiran bakal2 cikgu selepas sahaja mencapai segulung ijazah tanda tamat pengajian 4 dekad..adeh silap silap..4 tahun la…tapi Allah sahaja Yang Maha Mengetahui bahawa betapa masa dirasakan begitu lama untuk ganjakan semester ke semester. Sungguhpun sekarang merupakan kedudukan yang begitu selesa bagi aku yang dah bergelar senior kepada junior-junior yang masih kuat semangat ibarat baru abis kursus motivasi, namun semuanya tidak semudah yang disangka-sangkakan. Mengharap panas kepetang tetapi hujan jua ditengah jalan. Opssss terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata tetap aku nak undur. Jadi malam ini seperti yang dah dijanjikan, aku dah terpacak dihadapan pentas dikawasan padang yang cerah berkerdipan cahaya terang, 4 tiang besar stadium yang baru sahaja siap dipasang menata disetiap ceruk padang. Aku terus merapati pentas sebaik sahaja meletakkan motosikal dikawasan yang disediakan di BC. Aiyaaa kekonsentration aku da terganggu dek sorang dak ym bertalu-talu mempm ..asal nak posting je kena ganggu…asal kena ganggu je nak posting. Sampai bile la nak penuh blog nih..skang da tepat kul 3:21 am, badan masih tak berniat nak tido lagi. Seperti malam sebelum , pukul 4 lebih barula mata rasa berat nak terkatup bak kena tarik oleh tangan sesape je..huh…hari isnin lepas , pada waktu inilah terjadi bibit-bibit pergaduhan yang telah membuatkan jurang antara aku dan dia kian hari kian jauh. Tak seperti dulu kata exist, aku selalu dikejut dikala pagi menjelma. Sinar kebahagiaan muncul dalam perhubungan aku dengan si dia. Aku tahu perhubungan kami takkan sampai kemana. Disebabkan itulah perasaan serba salah sering kali muncul tiap kali perasaan kasih padanya mula menebal. Aku bimbang peristiwa lepas berulang kali. Jauh disudut hati aku tak ingin melukakan hati rapuh seorang gadis. Aku daif. Biarpun peristiwa lepas cukup memberikan impak yang begitu besar dalam hidupku setelah bergelar remaja. Aku taknak luka lama berdarah kembali. Seringkali aku memikirkan dan cuba mengelakkan agar luka lapa tak berdarah kembali. Biarlah ia pergi dan terus pergi tertanam kukuh dalam memori kekal. Betapa degil hati ini yang tak pernah serik melukakan hati seseorang yang tidak bersalah. Dalam beberapa hari kebelakangan ini aku cuba lari dari menghadapi kenyataan kerna aku takut akan sesuatu yang belum pasti. Kekadang aku ada terfikit alangkah bagus kiranya cinta berakhir dengan kemanisan. Dan biarlah berakhir dengan seseorang yang sudah pasti akan suratannye. Tapi semua yang berlaku tidak seperti yang dirancang. Manusia hanya mampu merancang , Tuhan yang menentukan segala yang terjadi. Apa yang terjadi mempunyai hikmah disebalik.
Malam itu aku cuba untuk memberi pentaksiran dalam perhubungan kami. Yang jelasnya, F seperi menolak segala penaksiran yang aku berikan. Dia cuba membawa aku dalam cinta yang aku sendiri cipta. Aku mengaku , semua ini aku yang memulakan dan F tak bersalah langsung. F menaruh harapan yang sungguh tinggi dalam perhubungan kamu sehinggakan aku lemas dan semacam terperangkap dalam cinta yang belum pasti akhirnya. Sebagai manusia biasa aku jugak ingin disayangi dan ingin menyayangi tetapi adakah aku dah memilih seseorang yang pasti menjadi permaisuri suntingan hidup untuk selamanya? Aku tak tahu..Apa yang aku tahu semua ini adalah satu kesalahan. Dan jika sempat aku ingin berpatah balik seperti sediakala. Tetapi..semakin ingin aku menjauhi F, semakin melonjak-lonjak perasaan kasih dan sayingku terhadap F. Kenyataan aku bahawa keletihan pada malam terakhir kami berhubung menimbulkan amarah F. Dia mengandaikan aku seperti menolak kemahuannya untuk menemani malamnya. Aku salah.Akulah punca segalanya yang berlaku. Tentang risikan dari seseorang terhadapnya membuatkan aku tersentak. Segala persoalan berkenaan hubungan kami mula bermain dalam benak hati ini. Si F meminta untuk mengundur diri dengan mengejut tanpa sepatah kata pelembut bicara. Perbualan kami menerusi YM berakhir disitu sahaja. Malam seterusnya aku dalam mode menyorok. Aku tidak berani lagi untuk berhadapan dalam situasi yang kian meruncing. Kepelikkan dalam hati seringkali berputik, seakan-akan F menginginkan hubungan kami setakat itu sahaja. Tiada sebarang mesej yang sampai dihujung inbox sms aku. Biarlah..Aku tetap dengan perasaan bersalah. Bagaimanakah perasaan N ketika ini yang telah aku lukakan setahun yang lepas. Aku masih ingat kali terakhir disaat perpisahan antara aku dan N. Bulan 4 penetu segalanya. Perkenalan aku dan dia agak unik. Aku mengharapkan luka N kian sembuh setelah setahun lebih berlalu. N lah kasih pertama yang aku curahkan dengan sepenuh hati. Aku mengharapkan N sebagai suri hati namun segalanya dah berakhir. Aku dan N terpaksa menelah kepahitan dari kemanisan awal yang sekejap. Sabarlah N..kau akan diketemukan dengan putera idaman yang lebih baik dariku. Aku lah perosak segala hubungan. Biarpun aku tahu N mengharap kasih dan sayang berakhir dalam ikatan yang sah. Mungkin pencarian aku menepati suratan belum tiba saat dan waktunya. N dan F menjadi mangsa perjudian cinta aku. Seringkali aku mengidamkan teman hati yang pasti , seringkali jugak kesalahan aku dalam memberi cinta palsu kepada yang tak bersalah. L menghukum aku secara langsung dan tidak langsung. Dialah L yang datang membuat onar dalam perhubungan antara aku dan N. L memaksa hubungan intim aku dengan N tak kekal lama. L ibarat angin,…datang dan pergi sesuka hati. Aku ibarat barang permainan yang diguna ketika diperlukan dan dilemparkan setelah tak diperlukan. L merupakan pilihan hati ayah. L dikenali melalui adik aku yang pada waktu itu rakan sekolah dengan L. Aku boleh simpulkan L sungguh melampau dalam hubungan aku dan dia. Menanam padi dan melepaskan lembu memakan hasil padi yang ditanam. Aku tak tahu dimanakah silapnya. L tak seperti kali pertama aku kenali. Aku cukup tertarik dengan L yang sopan dan agak manja tetapi perubahan masa telah merubah sikap L menjadi lebih liar dan social setelah mendaftarkan diri sebagai pelajar matrikulasi. Semakin bebas dalam berpakaian memberikan aku satu kejutan. Cinta aku dan L yang hampir pasti pada awalnya jugak berakhir dengan tangisan hati yang mula hilang semangat dalam soal berteman. Kadang2 aku terfikir untuk bermain dalam sandiwara seperi yang L buat terhadapku. Tetapi aku tidak mampu untuk mencapai tahap yang sebegitu rupa. Aku still ade perasaan belas dan aku tidak mahu memperalatkan seseorang untuk kepuasan sementara….Diri ini akan sentiasa mencari dan mencari kasih yang pasti..